Tuesday, November 19, 2013

Resepi Dorayaki

Ads By Google


Resepi Dorayaki

Bahan-bahan

100 gram tepung gandum
60gram gula
2 biji telur
2 sudu teh madu
Setengah sudu kecil soda bikarbonat
Setengah sudu kecil esen vanilla
Setengah sudu teh minyak masak
50ml susu segar / susu cair (boleh ditambah jika adunan terlalu pekat)

Inti : inti kacang merah yang manis.Boleh juga menggunakan inti lain seperti coklat, blueberry , strawberry dan lain-lain (mengikut citarasa)

Cara-caranya:


1.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan madu , esen vanilla dan minyak.Kacau sebati.
3.Setelah sebati masukkan tepung bersama soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Kacau adunan hingga sebati.
4.Masukkan susu cair/susu segar dan kacau sebati (boleh ditambah susu cair/susu segar jika adunan terlalu pekat)
5.Panas kuali 'non stick'.Tuangkan adunan ke dalam kuali dan bentukkan bulat.Ketebalan mengikut citarasa.
6.Apabila permukaan bawah adunan telah berwarna keperangan dan permukaan atas pula nampak gelembung seperti buih bolehlah diterbalikkan.Buat hingga adunan habis.
7.Sapukan inti pada sebelah pancake dan tutupkan dengan satu pancake.

Baca juga: