Monday, March 11, 2013

Resepi Kuih Lompang

Ads By Google




Kuih lompang merupakan salah satu kuih tradisitional yang lazat. Berikut resepi kuih lompang.

Bahan-bahan ( . )

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara

- satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
- satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
- kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
- tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
- kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
- hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

Baca juga: