Sunday, December 4, 2011

Resepi Biskut Kentang Beroat

Ads By Google



Bahan-bahan A

1½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
⅓ cawan tepung ubi kentang
½ sudu kecil serbuk penaik
2½ cawan NESVITA® Oat
200g mentega atau marjerin
¾ cawan gula kaster
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
telur untuk glis
ceri merah
coklat urai

Cara Membuatnya

1. Ayak bersama bahan A kemudian masukkan NESVITA® Oat dan ketepikan.
2. Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan esen. Kaup balikkan campuran tepung.
3. Canai doh setebal 3mm dan terap dengan acuan biskut yang disukai. Glis telur di atasnya. Hias dengan ceri merah dan coklat urai. Letak biskut di atas dulang pembakar yang telah di lenser.
4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 10 - 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: nestle.com.my

Baca juga: